Monday, May 12, 2008

Sekadar Peringatan

Saya hanyalah seorang penulis yg baru 'belajar' menulis di ketika sunyi kerana mudah mendapat ilham. Banyak idea yang 'tersembunyi' berjaya dikeluarkan.
Ketika ini, berlaku beberapa peristiwa yang perlu difikirkan bersama sama ada yang telah, sedang dan akan berlaku. Saya begitu terkejut dengan peristiwa yang telah berlaku sekarang ini iaitu isu Babi. Mengapa binatang ini cukup popular (walaupun dipandang jijik oleh orang Islam) pada masa ini mengalahkan harimau yang mengaum di rimba, itik yang pulang petang, kerbau yang menguek di bendang atau pun gajah yang mengganas di kampung-kampung. Apa tidaknya, babi akan diberi 'pengiktirafan' tidak lama lagi kerana akan diternak secara besar-besaran di Selangor, diberi kemudahan yang baik, sistem kumbahan yang elok, dan suntikan sebanyak RM 100 juta untuk hidup sejahtera. Kalah kehidupan rakyat nampaknya. Apa yang dikesalkan ialah mengapa orang Melayu sendiri yang menyokong. Baru-baru ini penulis masih teringat kata-kata salah seorang pemimpin sebuah parti politik yang dianggap 'popular' sekarang ini. Beliau berkata babi adalah haram, najis, mengapa diternak di sini (Selangor) dan sebagainya sebelum pilihanraya. Selepas pilihanraya, beliau membisu seribu bahasa kerana rakan seperjuangannya memutuskan bahawa babi akan diternak secara besar-besaran. Saya rasa beliau malu nak cakap bab ini sebab dah terlanjur cakap. Itulah, kalau nak bercakap, fikir-fikirlah. Dek kerana nak meraih undi, apa saja yang keluar di kepala dikeluarkan tanpa fikir apa kesan yang akan berlaku. Cukuplah.. kebanyakan rakyat Selangor yang tinggal di kawasan 'popular' itu sudah lama menderita dari segi 'bau yang harum semerbak'. Pindahlah kalau boleh makhluk berkaki empat tu di kawasan lain. Pulau Ketam ke atau di kawasan yang jauh dari penduduk. Barulah rakyat Selangor khususnya dapat hidup sejahtera. Kita tidak mahu luka lama berdarah kembali. Cukuplah peristiwa di Bukit Pelanduk menjadi ikhtibar. Orang Islam juga tidak terkecuali menjadi mangsa walaupun bukan penternak babi itu. Kita sebagai orang Islam perlu faham tentang perkara ini. Jangan jadikan Malaysia sebagai pengeksport babi utama dunia suatu hari nanti.

3 comments:

Bani Tanjong said...

ni apa citer ni...kalau sepi pun mu janganlah tulis mesej kesepian. Hang duduk KL la ni kena pi la buat kerja overtime sikit..balik kerja pi buru babi tu bunuh. Orang Melayu Islam bukannya leh makan pun, sebelum babi2 tu diproses dihantar ke Singapore, Hongkong, Taiwan, Ipoh dan Penang hang kasi bunuh je...Hang kalau x cukup orang kawan2 aku ada...kami Kumpulan Selendang Kuning akan membantu demi mempertahankan maruah ISLAM dan Ketuanan Melayu agar tidak diperkotak katikkan oleh bangsa lain.

penjejakarus said...

babi tu bagus. semua orang cakap babi. babi tu. babi ni. babi kerajaan selangor lagi enak. babi selangor di bela secara organik. dia tak macam babi pinang. di beri makan bahan buangan. boleh kah kita fikir bersama-sama macam mana nak samak babi tu agar kita boleh makan. kerajaan selangor sokong. orang melayu di selangor pun sokong. kalau melayu tak sokong selangor tak sokong babi, tak kan kerajaan selangor nak bagi tempat bela babi. sedangkan masih banyak melayu kita yang duduk setinggan. tak ada tanah pun di bumi sendiri.

mrf said...

entahla..masa kerajaan selangor sebelum ni nak buat tapak pelupusan sampah di semenyih,penduduk kampung dibawak ke jepun tgk sistem tu..bila balik sini projek tu di batalkan sbb penduduk tak setuju.

dapat kat pkr diorang ckp penduduk kampung dah gi buat lawatan kat jerman tgk ladang babi.siap bg gambar sebagai bukti tanda mereka setuju buat kandang babi. apa la putar belit pakatan rakyat ni.yg buat kajian BN,dah la kajian belum siap keputusan plak dah di buat.memang zalim..
penduduk kampung pergi melawat belum tentu lagi diorg setuju..memang putar belit la pakatan rakyat ni.orang yg terpengaruh dgn pakatan rakyat ni mmg buta hati jiwa dan raga ala..